Thursday, 3 January 2019

Bertanggungjawab, Proaktif Tangani Isu Setempat

SHARE
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim meninjau keadaan longkang di sebuah taman di Jalan Tekukur, di sini, semalam.


Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU,  2 Januari - Sikap bertanggungjawab dan proaktif pihak berkuasa menangani isu yang diketengahkan masyarakat mampu mewujudkan suasana sejahtera dan memberi imej yang baik terhadap pentadbiran negeri.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, sebagai pihak bertanggungjawab, semua agensi terlibat dan kepimpinan setempat perlulah bertindak pantas untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang dilaporkan oleh masyarakat.


"Walaupun kadangkala tidak mampu menyelesaikan segera, tetapi mesti menunjukkan sikap untuk membantu dan mencari jalan keluar dari masalah itu.

“Ini di bawah tanggungjawab kita, walaupun tiada jalan penyelsaian segera, sekurang-kurangnya kita ‘follow up’ dan tunjukkan usaha kita untuk membantu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan di kawasan perumahan Jalan Terkukur yang terlibat dengan masalah banjir pada setiap kali musim tengkujuh.

Turut mengikuti lawatan itu, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ladang, MPKK Jalan Terkukur dan MPKK Taman Jaya.

Menurut Amzad, punca kejadian banjir di kawasan itu akibat masalah sistem peparitan yang gagal diselenggara dengan betul berikutan pengumpulan sisa sampah dan lumpur dalam longkang.

Katanya, kawasan itu menjadi antara yang sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh sekali gus menyukarkan urusan harian penduduk dan menimbulkan ketidakselesaan.

"Sehubungan itu, kita akan memanjangkan perkara ini segera untuk tindakan pihak berwajib (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

"Pada masa yang sama juga, beberapa pihak bertanggunjawab sudahpun bersedia bekerjasama untuk menyelesaiakan pemasalahan yang sudah lama dihadapi penduduk kawasan ini supaya dapat diatasi segera,"katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: