Monday, 21 January 2019

Belia Digalak Membudayakan Aktiviti Sukan Dan Riadah

SHARE

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 21 Januari- Golongan belia digalakkan membudayakan aktiviti sukan dan riadah selain mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau, Cawangan B, Anuar Omar berkata, mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat perlu diberi sokongan agar mengekalkannya dan dapat dijadikan contoh dalam komuniti.

"Sebagaimana belia Felda Jerangau yang menyatakan hasrat mereka untuk bermain takraw pada setiap petang, tetapi mempunyai masalah kerana jaring telah rosak serta memerlukan bola takraw yang baru.

"Sebagai tanda sokongan kepada aktiviti sihat berkenaan, kita telah pun memberikan mereka jaring serta bola yang baru dan mereka boleh menjadi contoh dan mempengaruhi belia-belia lain untuk sertai aktiviti sukan yang menyihatkan," ujarnya kepada pemberita semasa hadir menyerahkan bola dan jaring berkenaan, di Gelanggang Takraw, Felda Jerangau, baru-baru ini.

Katanya, pembangunan belia tidak boleh diabaikan kerana mereka aset penting dalam kemajuan sesebuah komuniti.

"Kemajuan sesebuah komuniti terletak kepada mereka (belia) sebagai tunjang yang akan mewarisi kepimpinan di dalam masyarakat di masa akan datang," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: