Tuesday, 8 January 2019

Bayar Royalti Bila Sumber Kewangan Mencukupi-Tun M

SHARE

MARANG, 7 Januari - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperakui kerajaan pimpinannya membuat keputusan untuk membayar royalti kepada Terengganu apabila mempunyai sumber kewangan mencukupi.

Walau bagaimanapun, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh bagi menyalurkan bayaran berkenaan sebaliknya bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.

"Kita sudah buat keputusan kita akan bagi royalti sama ke Terengganu.

"Tak tahulah ada balance (baki) ke tak ada balance, yang nak bagi itu kita bagilah. Bila ada duit bayarlah,” ujarnya sambil tersenyum kepada wakil media sebelum meninggalkan majlis tersebut.

Tun Dr. Mahathir menjawab secara ringkas kepada pemberita ketika ditanya bilakah tempoh masa baki bayaran royalti kepada Terengganu akan diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Warga Tani Negeri Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini, hari ini.


Hadir sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang akan mengiringinya pulang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu.

Untuk rekod, selepas PAS mengambil alih Terengganu, kerajaan negeri sudah menerima bayaran royalti sebanyak RM450 juta.

Manakala baki bayaran royalti minyak dan gas yang dianggarkan berjumlah antara RM250 juta diharapkan dapat diterima dengan kadar segera daripada kerajaan pusat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: