Monday, 3 December 2018

YT Taja 683 Pelajar Sesi 2018/2019

SHARE
Dr Ahmad Samsuri (tengah) ketika menyampaikan derma siswa di UMT baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Seramai 683 orang pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) telah dihantar belajar ke institusi pengajian tinggi dalam negeri dan institusi pengajian tinggi di sembilan buah negara luar untuk sesi pengajian 2018/2019.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri berkata, ini termasuk seramai 459 orang dihantar ke pusat pengajian tinggi dalam negeri dan selebihnya (224 orang) ke luar negara.

Menurutnya seramai 193 pelajar dihantar ke Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk ke TATI University College (TATiUC),  Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) (122), Universiti Teknologi MARA (UiTM) (41), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) (20), Politeknik (15), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (10).

Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) (lapan), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (tujuh), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (empat), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing tiga orang.

Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP), masing-masing dua orang.

Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) masing-masing seorang pelajar. Sementara selebihnya (23 orang) belajar di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato' Abd Halim Jusoh dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

ADUN itu memohon senarai lengkap bilangan pelajar-pelajar tajaan YT untuk setiap negara jika di luar negara dan senarai untuk setiap universiti jika di dalam negara sama ada IPTA atau IPTS.

Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata kerajaan juga menghantar pelajar keluar negara termasuk ke Rusia seramai 75 orang, Jordan (49), Indonesia (48), United Kingdom (20), Jerman (17), Mesir (12), Australia (dua) dan Amerika Syarikat (seorang).
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: