Sunday, 30 December 2018

Usaha Tangga Kejayaan Setiap Insan

SHARE
Ustaz Ariffin meluangkan masa meninjau program gunting rambut percuma di Kampung Tasek Padang Kabar, Marang, semalam.
Oleh: Ahmad Fadhilah

MARANG 29 Disember – Peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh seseorang pelajar yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini bagi  merealisasikan impiannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata seorang pelajar yang ingin berjaya perlu ada sasaran serta berusaha untuk mengecapi kecemerlangan.

“Saya berharap semua pelajar pada tahun baru ini tekun serta bersungguh-sungguh dalam pelajaran bagi memenuhi harapan kedua ibu bapa dengan mencapai kejayaan yang luar biasa.

“Saya sarankan semua pelajar mesti mempunyai 'target' bermula bulan Januari terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... dan ingat siapa yang berusaha pasti berjaya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)selepas menghadiri program gunting rambut percuma di Kampung Tasek Padang Kabar, Marang, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mohamad Alias.

Aiman Barbershop yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Tasek dipilih untuk menjalankan program ini dan ianya bermula pada jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Program gunting rambut percuma merupakan acara tradisi di kampung ini sebelum persekolahan awal tahun bermula dan hanya dikhususkan kepada warga kampung berkenaan sahaja.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: