Friday, 21 December 2018

Ular Sawa Ditemui Di Pasar Payang

SHARE

Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU 20 Disember - Seekor ular sawa sepanjang kira-kira enam meter ditemui ketika kerja gotong royong dijalankan di Pasar Payang, Kuala Terengganu, semalam.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan tentang penemuan itu oleh sekumpulan peniaga yang terlibat dengan program gotong royong di pasar berkenaan.

"Saya terkejut apabila diceritakan tentang seekor ular sawa oleh sekumpulan peniaga yang melakukan kerja gotong royong itu.

"Ular berkenaan berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setelah dihubungi oleh peniaga-peniaga kerana takut ular sawa tersebut membahayakan nyawa orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemu ramah di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.

Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Penjaja, Haji Zakaria.

Program gotong royong itu dijalankan selama dua hari bermula 19 hingga 20 Disember 2018  turut mendapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menyediakan peralatan dan tempat pengumpulan sampah bagi menyempurnakan kerja-kerja pembersihan.

Tambahnya, program gotong-royong ini merupakan antara program yang selari dengan dasar kerajaan negeri, iaitu ‘Terengganu Bersih’ lebih-lebih lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: