Oleh: Adli Mohamad
DUNGUN, 5 Disember - Hujan lebat yang berlarutan sejak petang semalam menyebabkan seramai 31 orang dari tujuh buah keluarga di Kampung Besol, di sini terpaksa berpindah ke pusat pemindahan kampung itu hari ini.
Pengawai Penyelaras
Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung (MPKK) Besol menerima aduan daripada penduduk yang terlibat kira-kira jam 4
pagi tadi dan mengambil tindakan segera memindahkan mereka di kawasan selamat.
“Enam daripada 20
rumah di kampung itu yang terlibat banjir berada berhampiran sungai,”katanya kepada
Wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) , semasa meninjau kawasan dinaiki
air, hari ini.
Katanya, sehubungan
itu, pihaknya menasihatkan agar ibu bapa awasi anak-anak di musim banjir ini, jangan
biarkan bermain banjir tanpa diawasi oleh orang dewasa.
"Banjir bagi
anak-anak memang menyeronokkan, tapi jangan sampai keseronokan bertukar menjadi
tragedi kerana sikap cuai ibu bapa," tegasnya.
Disamping itu juga,
beliau menasihatkan agar pengguna jalan yang melalui jalan hadapan Bukit Besi
berwaspada kerana, air deras mula melintasi jalan.
"Sekarang masih
boleh dilalui, tapi perlu memandu dalam keadaan berhemah.
Manakalan tumpuan di
kawasan lain dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi masih dalam keadaan
biasa. .
“Bagaimanapun,
langkah bersedia adalah perlu kerana didapati paras beberapa sungai sudah mula
dinaiki air, kerana taburan hujan lebat bermula semalam,”katanya.
0 komen: