Friday, 21 December 2018

TNB Serah Rumah Baiti Jannati Kemaman

SHARE

Oleh: Wan Hadi

KEMAMAN, 21 Disember - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan sumbangan berupa sebuah rumah kepada penerima Noor Asiah Embong Wee, di Kampung Batu 4, Binjai, semalam.

Rumah bernilai sekitar RM 50,000 tersebut merupakan sumbangan di bawah Program Baiti Jannati yang diadakan sepanjang tahun dengan empat buah rumah telah disumbangkan bagi 2018.

Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abd Hamid merakamkan ucapan terima kasih kepada TNB kerana mengambil tanggungjawab bersama membantu golongan yang tidak berkemampuan dengan menyediakan keperluan seperti rumah dan sebagainya.

"Tanggungjawab seperti ini perlu diambil perhatian oleh syarikat-syarikat GLC dan badan-badan korporat yang lain.


"Kami di pihak Kerajaan Negeri Terengganu mengalu–alukan program seumpama ini dapat dipertingkatkan.

"Dengan program sebegini, kita dapat berganding bahu memikul tanggungjawab dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan," katanya kepada pemberita ketika merasmikan majlis penyerahan tersebut semalam. 

Beliau turut mendoakan keberkatan kepada penyumbang yang banyak membantu rakyat dalam pelbagai keperluan.

"Ini merupakan program yang mulia dan terpuji.  Apabila kita buat kebaikan, nescaya Allah S.W.T akan memberikan jalan kemudahan kepada kita.


"Mudah-mudahan semua pihak yang terlibat di beri kerberkatan oleh Allah S.W.T,“ ujarnya.

Turut hadir, Pengurus Besar Pekhidmatan Pelangan Bahagian Pembangunan TNB, Mohd Nazmi Putih, Penolong Pegawai Daerah Kemaman, Khairul Anuar Yasin dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 4, Hamzah Mohd.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: