Wednesday, 5 December 2018

Terengganu FC Atur Langkah Cabar Kejuaraan

SHARE
Pasukan TFC bersedia awal untuk lebih tampil lebih garang.
KUALA NERUS, 5 Disember - Pasukan Terengganu FC (TFC) memulakan latihan pertamanya bagi menghadapi liga musim 2019 di Padang C, Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.

Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan latihan itu bagi meningkatkan kecergasan pemain.

"Latihan selama dua tiga minggu lebih awal ini untuk mengembalikan prestasi pemain setelah rehat panjang.
Irfan harap pemain serius jalani latihan.
"Kita ada tempoh dua bulan sebelum musim bermula dan saya mengharapkan pemain serius dalam latihan yang diadakan.

"Musim lalu, kita banyak bolos tetapi kita juga banyak menjaringkan gol. 

"Jadi, kita harap pemain lebih rajin untuk memperbaiki aspek-aspek yang lemah," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau turut memaklumkan, anak-anak buahnya akan menyertai perlawanan pra-musim di Vietnam sebelum liga bermula.

"Kita akan mengadakan beberapa perlawanan di Vietnam dan menentang pasukan liga tempatan untuk memastikan pasukan dalam keadaan terbaik apabila liga berlangsung nanti," katanya.

TFC mengekalkan sebahagian pemain lama dan membawa masuk beberapa pemain bagi memperkuatkan pasukan.

Antara tonggak baharu yang kelihatan dalam latihan hari ini ialah Ahmad Shamim Yahaya, Khairul Izuan Rosli, Ilham Amirullah Razali, Khairu Anwar Shahruddin dan Khairu Azrin Khazali.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: