Sunday, 23 December 2018

Terengganu Bakal Perkenal Ta'min Hadhanah

SHARE
Wan Mohd. Zakri Wan Mohd.
KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Terengganu bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin atau ta’min bagi menjamin nafkah isteri dan anak-anak sekiranya berlaku penceraian.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, kajian terperinci mengenainya akan digerakkan dalam masa terdekat dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

“Perkara ini baharu diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.

“Insurans ini yang akan digunakan bagi perbelanjaan isteri dan anak-anak jika berlaku perceraian. Kita tidak mahu timbul alasan tiada duit untuk menanggung nafkah anak-anak sebagaimana yang terjadi kepada tertuduh kes persediaan untuk melacurkan diri di Mahkamah Syariah di sini sebelum ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 2/2018 oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim di Mahkamah Syariah Terengganu di sini baru-baru ini (20 Disember).

Dalam majlis berkenaan, seramai 45 golongan ibu tunggal dari seluruh negeri masing-masing menerima bantuan melibatkan jumlah keseluruhan RM78,500 dan mereka adalah kalangan wanita yang dalam proses mendapatkan tuntutan nafkah daripada bekas suami di Mahkamah Syariah Terengganu.

Menurut Wan Mohd. Zakri, perkhidmatan ta’min sudah dilaksanakan di Mesir di samping Istanbul, dan sekiranya semua berjalan lancar Terengganu menjadi negeri pertama perkenalkan insurans itu.

SUMBER: UTUSAN ONLINE
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: