Sunday, 23 December 2018

Sumbang Untuk Tabung Khairat

SHARE
Pengerusi MPKK Tasek Rizan Ali menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Pertubuhan Khairat Kematian, Haji Nordin Abu Hassan.
Oleh: Ahmad Fadhilah

MARANG, 23 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman menyerahkan sejumlah sumbangan kepada Pertubuhan Khairat Kematian Kampung Tasek, di sini semalam.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Khairat Kematian Kampung Tasek, Mohamad Salleh Yusof berkata, sumbangan ini memperkuatkan lagi pertubuhan dan ia dimasukkan ke dalam tabung untuk pengurusan kematian.

"Saya amat berbesar hati menerima sumbangan ini yang memberi manfaat kepada penduduk kampung.

“YB Ariffin amat murah hati dan sangat prihatin terhadap masyarakat setempat dan Kampung Tasek tidak asing lagi bagi beliau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Mesyuarat Agung Khairat Kampung Tasek di Dewan Terbuka Masjid Kampung Tasek, Marang, Terengganu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek, Rizan Ali, mewakili Ariffin Deraman menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengerusi Pertubuhan Khairat Kematian, Tuan Haji Nordin Abu Hassan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: