Saturday, 15 December 2018

Sultan Mizan Rasmi Rally of Terengganu 2018

SHARE
Tuanku Mizan melepaskan peserta perlumbaan.
SETIU, 15 Disember - Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Kejohanan Rally Of Terengganu 2018 di Terengganu International Equestrian Park (TIEP) semalam.

Baginda hadir diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A.Rahman Yahya.

Seramai 28 pelumba daripada tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Jepun menyertai pusingan terakhir Kejuaraan Rali AAM selepas siri kedua berlangsung di Perlis Oktober lalu.

Paling menarik, kejohanan kali ini memiliki keunikan tersendiri apabila pertama kali menampilkan trek laluan pesisiran pantai.
Trek Lembah Bidong beri pengalaman baharu kepada pelumba.
Laluan sejauh 151.33 kilometer (km) itu merupakan tarikan baru buat pelumba-pelumba dalam dan luar negara kerana ia menjadi laluan yang pertama seumpamanya dalam negara dan di peringkat dunia.

Pemandu wanita, Gina Finanza Daud yang mewakili One Motorsports BDRT turut teruja dengan laluan tersebut.

"Ini merupakan trek pertama pesisir pantai. Tidak sabar untuk memulakan perlumbaan dan melihat laluan yang cantik," katanya kepada pengacara majlis sebelum dilepaskan urusetia kejohanan.

Kejohanan dianjurkan Malaysia Rally Championship (MRC) itu berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini.

Antara yang turut serta ialah lagenda rali negara, Karamjit Singh Naranjan Singh yang mewakili MRU Motorsports.
Peserta kejohanan merakamkan kenangan bersama Tuanku Mizan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: