Sunday, 23 December 2018

Sukan Eratkan Silaturahim

SHARE

Oleh: Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 22 Disember - Sukan mampu menerapkan amalan hidup cergas sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Penolong Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Terengganu, Hamidi Jusoh berkata, tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan atau secara individu.

“Bersukan bukan hanya sekadar mengisi masa lapang sahaja tetapi  juga sebagai pengerat ukhuwah sesama penduduk.

“Oleh sebab kesibukan kerja masing-masing, kita sesama sendiri tidak kenal rapat antara kita ini,jadi dengan penganjuran acara seperti ini,kita saling kenal mengenali antara kita,”kata beliau ketika merasmikan majlis penutup bagi kejohanan badminton tertutup Taman Permint Perdana, di Dewan Serbaguna, Kampung Batin, semalam

Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Permint Perdana,Kampung Batin melibatkan sebanyak 38 regu iaitu 76 orang pemain  yang rata-ratanya penduduk setempat dan penyewa dewan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berkata, penganjuran ini membolehkan penduduk melakukan aktiviti yang berfaedah dan menyegarkan tubuh badan.

“Dengan program seperti ini,kita dapat menyihatkan tubuh badan dan tidak membuang masa dengan lepak di sambil berbual kosong sahaja,”ujarnya lagi.

Tambahnya, kegiatan seumpama itu menjadi tanggungjawab bersama yang akan mendorong penglibatan ahli-ahli di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas menerusi aktiviti sukan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: