Wednesday, 26 December 2018

Suburkan Jiwa Cintai Ilmu Agama

SHARE

Oleh : Norekwan Mamat

HULU BESUT, 25 Disember - Setiap insan perlu menyuburkan jiwa untuk mencintai ilmu agama ketika masih ada hayat ini, kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.

Menurut beliau, semua umat tanpa mengira latar belakang perlu berusaha untuk hadir ke majlis ilmu yang dianjurkan oleh masjid atau pun surau berdekatan tempat tinggal masing-masing bagi membaiki diri supaya menjadi insan lebih baik dan bertakwa.

"Setiap umat Islam tidak cukup hanya dengan menyatakan keislamannya tanpa memahami dan belajar serta terus mengamalkannya.

"Ilmu bukan sahaja untuk dipelajari malahan juga untuk diamalkan supaya menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT, "katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Kempen Gaya Hidup Sihat di Masjid Kampung Lubuk Kawah Hulu Besut anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Besut, di sini, semalam.

Agensi yang turut hadir di program ini ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan(AADK).

Mat Daik juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat bagi menjayakan program itu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: