Monday, 17 December 2018

Set Lampu Portable Untuk Kubur Kg Seri Kenangan

SHARE



Oleh: Ariss Alias

SETIU,16 Disember - Tenaga National Berhad (TNB) cawangan Terengganu menghadiahkan set lampu 'portable' bernilai RM2,000 untuk dipasang di kawasan tanah perkuburan Kampung Seri Kenangan, di sini.

Kemudahan itu diserahkan kepada Pengerusi MPKK Seri Kenangan Ustaz Mohd Abdullah Pada Majlis Tenaga National Berhad (TNB) bersama Komuniti, Dewan Terbuka di sini  hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir

Turut hadir, Pengurus (Business Partner) TNB YM Raja Hishamuddin bin Raja Arif, Penolong Pegawai Daerah Setiu Che Razak Che Wail, Pegawai Penyelaras DUN Langkap Ybhg Azmi Maarof, Penghulu Hulu Nerus Satu Marzuki Zahid dan wakil-wakil MPKK DUN Langkap.

Majlis sama, TNB turut menyerahkan 100 set bantuan kelengkapan persekolahan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Guntong yang terdiri daripada anak-anak asnaf dan anak yatim.

Ketua (Perkhidmatan Pelanggan Terengganu) TNB Tuan Mohd Nazri Putih berkata lampu 'portable' akan memudahkan urusan pengkebumian dan majlis keraian dalam Kampung Seri Kenangan.

"Pihak TNB juga telah memasang bekalan elektrik di wakaf kubur untuk kemudahan penduduk.

"Manakala bantuan persekolahan pula bertjuan meringankan beban ibu-bapa dalam sesi persekolahan 2019 yang bakal dibuka tidak lama lagi,"katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: