Tuesday, 25 December 2018

Sedia Peruntukan Besar Bantu Pelajar

SHARE


Oleh : Muhammad Najib Ismail

HULU TERENGGANU, 24 Disember- Kerajaan negeri  berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajar cemerlang melalui  pelbagai aspek, terutama berkaitan peruntukan kewangan.

Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu,  Muhyidin Abdul Rashid berkata, sebanyak RM6.5 juta biasiswa disediakan untuk pelajar cemerlang yang bakal  menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, peruntukan sama turut diagihkan kepada  pelajar yang menyertai Program Saintis Islam Terengganu  yang menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah  sampailah ke ijazah doktor falsafah (PHD).

"Manakala sebanyak RM3 juta pula diperuntukkan untuk menaiktaraf sekolah pondok, sekolah agama persendirian dan pusat pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

"Selain itu RM2 juta diperuntukkan bagi lepasan pelajar pondok untuk belajar kursus teknikal di pusat latihan bawah kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah) Tahun 2018  Peringkat Hulu Terengganu, di Dewan Kampung Buloh, Kuala Berang, semalam

Pada masa sama, beliau berpesan kepada semua pelajar bahawa kecemerlangan yang diperoleh adalah berkat usaha pelajar di samping ibubapa yang selalu mendoakan kejayaan anak-anak mereka.

"Ibubapa adalah orang yang amat gembira dengan kejayaan mereka," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: