Thursday, 27 December 2018

Rumah Sewa Hanifah Hangus Dalam Kebakaran

SHARE



Oleh Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 26 Disember -Satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah sewa di tepi jalan utama Kampung Rantau Abang telah berlaku petang semalam.

Penyewa tersebut, Hanifah Abdullah, 62 berkata ketika kejadian beliau dan isterinya, Hafsah Ibrahim,58 tiada di rumah.

"Dua tahun doh sewa rumah ni, kebakaran bermula daripada bahagian belakang rumah  dan mungkin  disebabkan  litar pintas," katanya.

Beliau yang merupakan seorang peniaga itu  akan tinggal di sebelah rumahnya  yang terbakar itu kebetulan kosong tiada penyewa, di mana tuan rumah berkenaan telah bermurah hati membenarkan Hanifah tinggal di situ.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun yang bergegas ke tempat kejadian telah menghulurkan sedikit sumbangan peribadi .

"Mintak buat laporan polis dan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) esok bagi memdapat sebarang bantuan yg sedia ada oleh JKM," pesan Cikgu Alias kepada mangsa.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: