Sunday, 16 December 2018

Rumah Dinaiki Air, Mangsa Dipindahkan Kali Kedua

SHARE

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 16 Disember- 31 mangsa daripada enam keluarga di Kampung Besol terpaksa dipindahkan sekali lagi apabila rumah mereka kembali dinaiki air, semalam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ghazali Sulaiman berkata, pusat pemindahan banjir di kampung itu telah dibuka dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Besol yang cepat bertindak.


Dalam pada itu katanya, masalah air yang melimpah di salah sebuah gelanggang futsal di Bukit Besi dan lintasan air berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dungun juga telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan.

Menurut beliau, akibat kepala air dari bukit di kawasan aktiviti perlombongan bertembung dengan air sungai Luwit telah menyebabkan Kampung Bukit Besi turut dilimpahi air sehingga memyebabkan air telah melimpah ke gelanggang futsal dan menjadikannya seumpama kolam ikan.


"Kita telah pun memaklumkan kepada agensi dan pihak berwajib agar tindakan segera diambil," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau kawasan-kawasan yang telah dinaiki air disini, semalam.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: