Wednesday, 12 December 2018

Remaja Lemas Akhirnya Dijumpai

SHARE
Foto ihsan - APM Terengganu
Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 12 Disember - Mayat remaja yang hanyut di Sungai Besut, Kampung Tanjung Alir empat hari yang lalu akhirnya ditemui beberapa jam selepas solat hajat dilakukan pada awal pagi.

Mangsa, Mohd Syarif Mohd Zulkifli, 13, dijumpai pada jam 12:40 tengah hari terdampar di tebing Sungai Lubuk Kijang, Alor Keladi disahkan meninggal dunia.


Beberapa jam sebelum mangsa tersebut dijumpai, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad mengimamkan solat hajat bagi mempermudahkan usaha mencari mangsa.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan orang ramai kerana telah bertungkus-lumus dalam usaha pencarian ini," katanya kepada pemberita selepas mangsa ditemui di tempat kejadian hari ini.


Terdahulu, mangsa dilaporkan lemas ketika memancing bersama adiknya Mohd Syazwan Mohd Zulkifli, 10, baru-baru ini (9 Disember).
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: