Monday, 3 December 2018

Projek Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Di Terengganu RM270 Juta

SHARE

Oleh : Saifullah Jusoh

KUALA NERUS, 3  Disember - Projek `Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Diperingkat' (EM-IIG) yang melibatkan pemasangan kabel gentian optik dasar laut dari hab internet antarabangsa Hong Kong bernilai RM25 bilion bakal menjadi pelengkap kepada prasarana di Terengganu.

Pemasangan kabel gentian fiber optik di Terengganu sepanjang 350 kilometer bernilai RM270 juta untuk fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada November 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan pelabur, Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd untuk membangunkan projek pemasangan kabel gentian optik dasar laut berkelajuan 150 Terabait di Terengganu, yang pastinya di luar kemampuan kerajaan negeri.


"Saya sebagai Exco Keusahawanan melihat perkara ini sangat baik dan akan memberi kerjasama sebaik mungkin untuk memastikan pojek dapat berjalan dengan lancar.

"Dengan adanya projek seperti ini, sudah pastinya akan membuka peluang-peluang kepada kontraktor Bumiputera. Malahan ia akan menambahkan lagi peluang pekerjaan ataupun perniagaan kepada rakyat di negeri ini dan secara tidak langung akan meningkatkan hasil negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan sesi Taklimat dan Pendaftaran Kontraktor untuk Projek EM-IIG- Terengganu Fibre Optic Network Deployment untuk Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd di Hotel Tabung Haji, di sini, semalam.


Seramai 102 kontraktor seluruh Terengganu menghadiri sesi taklimat yang diadakan selama dua jam itu.

Sesi taklimat itu turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd, Dato' Seri Abdul Rashid Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawanan Terengganu, Rozali Salleh dan Pengarah Eksekutif Seraya Teknologi Sdn Bhd, Shahzalan Adam.

Projek yang menawarkan internet jalur lebar berkelajuan tertinggi di dunia dengan kadar harga terendah, bakal memberi manfaat sekurang-kurangnya 2,000 kontraktor Bumiputera termasuk di Terengganu.

Projek dibangunkan oleh Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd melibatkan jarak 110,000 km itu dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa pertama meliputi kawasan dengan jarak 33,000 km di bandar utama negara ini sebelum diperluaskan di kawasan luar bandar dan pedalaman, turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah.

Pemasangan kabel gentian turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah turut memasuki perairan Malaysia akan melibatkan enam stesen pendaratan kabel (Cable Landing Station) di Bintulu, Sarawak; Papar, Sabah; Pengerang, Johor; Batu Kawan dan Batu Maung, Pulau Pinang dan Tok Bali, Kelantan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: