Saturday, 22 December 2018

Program Gunting Rambut Dapat Sambutan

SHARE

Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 22 Disember-Hampir 120 pelajar pelbagai latar belakang telah mengambil peluang menggayakan rambut baru secara percuma sempena kembali ke sekolah.

Program ini di anjurkan oleh Kelab Sahabat Batu Buruk Sejahtera (SAHABAT),Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS) Dewan Undangan Negeri(DUN)Batu Buruk dan Kedai Gunting Rambut HOTOH.

Pengarah Program,Che Muhammad Khari Che Ali berkata, program gunting rambut yang diadakan ini mencapai target apa yang diinginkan oleh penganjur.

"Meskipun nilainya dari pandangan sesetengah pihak adalah kecil namun bagi golongan memerlukan khidmat sebegini sudah tentu amat diperlukan.

“Alhamdulillah setakat ini berjalan dengan lancar dan setakat ini hampir 30 orang peserta dalam lingkungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Alhamdulillah bermungkinan jumlah tersebut akan bertambah lagi,"ujarnya

Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)di Program Gunting Rambut Dun Batu Buruk di Dewan Serbaguna Hujung Jambatan, Kuala Ibai disini, hari ini.


Turut sama,Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Hujung Jambatan, Haji Wan Mohd Danin, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Izzat Abdullah dan seluruh ahli jawatankuasa program.

Beliau juga berkata penerimaan masyarakat setempat terhadap program ini amat baik dan memberangsangkan.

Walaupun belanja gunting rambut tidaklah sebesar mana berbanding kos menyediakan kelengkapan persekolahan namun program itu tetap membantu.

“Komitmen masyarakat pada program ini alhamdulillah,program ini percuma, dan sekolah hampir buka jadi sambutan agak baik.

“Penerimaan masyarakat dibawah kerajaan baru tempat yang lebih selesa,kalau dahulu kita buat sebelum tempat terbuka,panas dan sekarang mempunyai fasiliti yang baik," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: