Thursday, 27 December 2018

Petronas Pergiat Usaha Bantu Masyarakat

SHARE




Oleh : Khalid Abdullah 

KEMAMAN - Petronas akan terus menggiatkan usaha membantu masyarakat di Terengganu termasuk masyarakat berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, pelbagai  program telah dilaksanakan dab akan menetuskan usaha itu dengan  memikirkan program yang lebih bersesuaian.

"Buktinya sekali lagi hari ini, program kolabrasi DUN Kemasik dengan Petronas melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) menyerahkan sumbangan kepada pelajar asnaf bagi tujuan pembelian kelengkapan persekolahan seperti pakaian dan alat tulis.

"Kami berharap dengan sumbangan ini dapat adik-adik pelajar membuat persiapan sempena sesi persekolahan 2019 yang bakal menjelang," ujar beliau.

Beliau berkata  demikian dalam ucapan di Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat BAKIP di Dewan Sivik Kertih, di sini pada Isnin.

Datuk Wan Mohd Hasnan turut memberitahu Bakip memperuntukkan sebanyak sumbangan  RM900,000 untuk diagihkan kepada pelajar asnaf di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Katanya, BAkip yang dilantik untuk mengagihkan wang zakat kakitangan Petronas bagi tahun 2018 dengan kerjasama Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Seramai 1,163 pelajar di wilayah timur iaitu negeri ini, Kelantan dan Pahang dipilih sebagai penerima, Negeri Terengganu mendapat jumlah terbesar sebanyak 600 penerima,”katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: