Monday, 24 December 2018

PERHILITAN, MPKK Jalin Kerjasama Atasi Ancaman Khinzir

SHARE
Perangkap Khinzir
Oleh:Safwan Syakir

KUALA NERUS, 23 Disember – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Terengganu menjalin kerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Tunggal bagi mengawal khinzir dari terus menganggu kawasan yang didiami penduduk setempat.

Pengarah PERHILITAN negeri,  Rahmah Illias berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan berkenaan hidupan liar antaranya seperti gajah, musang, kera dan lain-lain lagi termasuk masalah khinzir di kawasan perumahan.

“Faktor pengurusan sampah juga adalah penyumbang kepada banyak haiwan khinzir ini berkeliaran di kawasan kediaman, pastikan tong sampah di kawasan rumah tertutup bagi memastikan tempat itu tidak dicerobohi.

"Untuk tahun ini sebanyak 95 aduan melibatkan khinzir dan pihak kami telah membuat siasatan dan melancarkan operasi bagi menangkap khinzir itu,"katanya.

Rahmah Illias
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat dan Penyerahan Perangkap Khinzir kepada MPKK Bukit Tunggal.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PERHILITAN negeri, Ahmad Kamsul Alias, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Hj Zaharudin Zahid  dan MPKK Bukit Tunggal.

Tambahnya lagi, kerjasama daripada pihak DUN, MPKK dan masyarakat untuk kesejahteraan penduduk kampung khususnya.

Zaharudin Zahid
Sementara itu, Zaharudin berkata, DUN Bukit Tunggal merupakan kawasan pertama yang menerima sumbangan perangkap khinzir.

 “Antara punca haiwan ini berkeliaran ialah kerana pembangunan yang semakin rancak seperti pembinaan rumah-rumah baru yang menyebabkan haiwan ini ‘berhijrah’ ke kawasan perumahan,”ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: