Thursday, 13 December 2018

Penduduk Kampung Talong Terkepung Banjir

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 13 Disember- Penduduk Kampung Talong, Hulu Dungun terkepung setelah kawasan rendah dan jalan utama ke kampung itu dinaiki air sejak semalam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, hujan yang turun dengan taburan yang agak tinggi telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

"Bahaya untuk kenderaan masuk di Kampung Talong buat masa ini dan beberapa kampung berdekatan juga telah dinaiki air termasuk Kampung Minda,” ujarnya ketika dihubungi wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), pagi ini.


Menurut beliau, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung tersebut bagi memberi laporan mengenai penduduk terlibat, mangsa yang perlu dipindahkan ke pusat pemindahan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Ghazali turut menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati kerana air turut melintasi jalan di hadapan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dungun tetapi masih boleh dilalui kenderaan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: