Saturday, 29 December 2018

Pembangunan, Sampah Tidak Terurus Punca Babi Berkeliaran

SHARE

Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 27 Disember: Kemusnahan habitat haiwan akibat pembangunan menjadi antara punca babi liar berkeliaran ke kawasan perumahan penduduk.

Pengarah Perhilitan Daerah Kuala Terengganu, Puan Rahmah Binti Alias berkata, walaupun terdapat banyak punca, perkara tersebut merupakan salah satu diantaranya.

"Kawasan hutan adalah rumah dan tempat mereka mencari makan. Jadi bila ada pembangunan maka tiadalah tempat untuk meraka yang akhirnya keluar ke kawasan perumahan kita.

"Kita pula mengatakan bahawa haiwan ini yang mengganggu kita, tetapi sebenarnya kita yang mengganggu habitat mereka terlebih dahulu.


"Selain itu, antara punca gangguan ini ialah cara pengurusan sampah di kawasan perumahan kita.

"Jika sampah kita tidak diurus dengan baik, maka semakin banyak babi akan berkeliaran di kawasan rumah kita.

"Pastikan sampah ditutup sebelum lori tiba atau pun tanam sampah tersebut, katanya ketika hadir di Majlis Penyerahan Perangkap Khinzir kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di Kampung Atap Zin, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah yang merasmikan majlis tersebut melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui satistik penduduk di Kuala Terengganu paling ramai mengadu pasal kes itu,

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), berkata mungkin ia turut disebabkan kurang permintaan terhadap haiwan ini untuk dimakan kerana orang bukan Muslim di Terengganu sekitar 10 peratus sahaja.

"Anak-anak muda mereka juga sudah tidak makan lagi kerana mereka berfikiran terbuka dan belajar tentang keburukan haiwan ini.

"Terdapat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kesucian sebahagian daripada Iman". Kekotoran akan mengundang penyakit.

"Oleh itu, salah satu cara untuk kita hidup sihat ialah memastikan kawasan perumahan dan kampung kita mesti bersih," katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: