Wednesday, 26 December 2018

Pelajar SRIDAF Bakal Belajar Di Bangunan Baharu

SHARE

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 26 Disember - Pelajar Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) di Kampung Batu Tumbuh di sini bakal belajar lebih selesa di bangunan baharu tahun depan apabila bangunan sekolah siap untuk digunakan.

Serentak itu gotong royong perdana dengan kerjasama komuniti setempat diadakan bagi memastikan bangunan berkenaan bersih dan selesa.


Mudir SRIDAF, Ustaz Mohd Basri Mohamad ketika ditemui berkata, bagunan baru itu dibina bagi menggantikan bangunan lama di Kampung Alor Lintah di sini.


"Bagaimanapun pihak SRIDAF masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan sebahagian lagi bangunan bilik darjah untuk menampung pelajar-pelajar bagi sesi hadapan," ujarnya.

Seramai 500 orang pelajar yang sudah didaftarkan di SRIDAF sejak 2016 hingga kini termasuk pelajar tahun satu hingga tahun empat.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Sek Rend. Islam Darul Furqan, 1303 5010 0757 24 atau berhubung melalui Pejabat SRIDAF di nombor 018-955 4016.

SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: