Wednesday, 12 December 2018

Pegawai Khas Agama Diperlukan Dalam Pentadbiran Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Penceramah bebas, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek yang dilantik sebagai Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sejak September lalu mengakui tugasnya tidaklah terlalu besar tetapi diperlukan dalam pentadbiran negeri ini.

Katanya, antara tugas sebagai Pegawai Khas Agama termasuk membuat kajian terhadap apa yang diperlukan oleh Menteri Besar khususnya berkait dengan bidang agama.

“Di peringkat kerajaan negeri, alhamdulillah negeri Terengganu mempunyai seorang Menteri Besar yang sangat faham tentang agama, malah di kalangan exco juga ramai yang mempunyai latar belakang agama.

“Justeru, tidak menjadi masalah berkait hukum hakam, halal haram dan pandangan dari sudut agama yang boleh diberikan oleh pihak exco kepada Menteri Besar dan ianya turut meringankan tugas saya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai pelantikan beliau sebagai Pegawai Khas Agama Menteri Besar ketika ditemui di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, seluruh rakyat diharap dapat memberi kerjasama yang baik kepada Menteri Besar untuk menguruskan negeri ini dengan sebaik mungkin sekali gus dapat merealisasikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: