Thursday, 6 December 2018

Paras Sungai Terengganu Kembali Menurun

SHARE


KUALA TERENGGANU, 6 Disember - Paras air di dua sungai utama yang meningkat melepasi paras bahaya pada malam tadi, menurun kepada waspada , pada jam 8.15 pagi ini.

Menurut Sekretariat  Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, dua sungai berkenaan adalah  Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu.

Kesemua paras sungai utama di Terengganu juga menunjukkan penurunan berikutan hujan yang sekejap-sekejap dan kadangkala lebat.

Manakala Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu turut kembali normal, manakala Sungai Tumpat, Kemasik pula menurun daripada bahaya kepada amaran. Sementara sungai lain masih normal.

Laporan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu juga menyatakan hujan lebat direkodkan di Lembangan Sungai Marang, Lembangan Sungai Kemaman dan Lembangan Sungai Terenggnu sekitar 22 milimeter (mm) – 89mm sehingga jam 8.00 pagi ini.

Bagaimanapun, orang ramai perlu sentiasa bersiapsiaga memandangkan hujan masih lagi berlaku dikebanyakan tempat seluruh Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: