Thursday, 20 December 2018

Mudah Cara dengan DAR Perlu - Ustaz Satiful Bahri

SHARE
Mudir DAR bersama Ustaz Satiful (duduk tengah) dengan e-Book sekolah masing-masing.


KUALA NERUS, 20 Disember - Kerajaan negeri memperingatkan semua agensinya melaksanakan  dasar pengurusan secara 'mudah cara' dan lebih mesra kepada pusat-pusat pendidikan rakyat dengan syarat pusat-pusat berkenaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ini termasuk menjaga prinsip-prinsip keharmonian dan dasar kerajaan serta mengikut amalan mazhab yang betul dalam masyarakat yang sedia ada.

Katanya, kerajaan mengharap urusan pendaftaran sekolah-sekolah berkenaan dipermudahkan dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan baik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama di Majlis Penyerahan e-Book kepada kira-kira 11 buah DAR di Dewan Komtaq Batu Enam di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah  Top IT Industries Sdn Bhd (Top IT), Ustaz Haji Zakaria Dagang, Pengarah Jabatan Tarbiyah DAR, Ustaz Ibrahim Tahir dan Mudir-mudir DAR dari seluruh negeri Terengganu.

Ustaz Haji Zakaria (kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM24,000 kepada Ustaz Satiful Bahri (kiri)

Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, kerajaan negeri juga memberi sokongan dan dokongan kepada rakyat yang turut sama membangunkan bidang pendidikan di negeri Terengganu.

"Negara-negara luar mendirikan sekolah berasaskan kepada kenegerian dan perkauman sebagai contoh kerajaan Turki membuka sekolah Turki dan mengajar bahasa Turki.

"Jadi masyarakat luar cukup menjaga bahasa dan bangsa mereka sekaligus membuka sekolah-sekolah bermula dari peringkat pra-sekolah. untuk tujuan tersebut," jelasnya.

Bahkan katanya, negara-negara tersebut memberi insentif kepada pengusaha sekolah-sekolah berkenaan kerana dirasakan bahawa mereka telah banyak membuat pelaburan dalam bidang tersebut.

Sementara itu Ustaz Haji Zakaria ketika ditanya menjelaskan, sebanyak 550 buah e-book akan diagihkan ke seluruh sekolah DAR di negeri itu.

"Setiap sekolah dar dijangka akan mendapat antara 30 hingga 50 buah e-Book yang akan di tempat di sebuah bilik khas (Bilik Maya) yang akan disediakan di setiap sekolah berkenaan," jelasnya.

Top IT turut memberi sumbangan sebanyak RM24,000 kepada Jabatan Tarbiyah DAR di majlis berkenaan untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah terbabit.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: