Sunday, 30 December 2018

MPKK-JKKR Kerjasama Bangun Felda Jerangau

SHARE

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 30 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jerangau bekerjasama untuk memajukan kawasan tersebut.

Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan Satu, Mohd Sidek Muhammad berkata, penglibatan kedua-dua pihak dalam satu mesyuarat menjadi suatu permulaan yang baik.

"Ianya menjadi satu kemanisan sebagai penutup pada tahun 2018 ini untuk lebih berperanan pada tahun baru nanti.

"Jika sebelum ini kita tidak dilibatkan menyebabkan kita keciciran banyak maklumat dari JKKR.

"Ini menjadi langkah ke arah yang lebih baik, di mana dengan jalinan MPKK dan JKKR di Felda ini kita mengharapkan akan dapat sama-sama menyelesaikan permasalahan yang timbul di Felda," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program gotong royong anjuran JKKR Felda Jerangau di Felda Jerangau semalam.

Menurutnya, program gotong royong yang diadakan itu dianjurkan melalui kesepakatan bersama.

"Ini bukan masanya, untuk mewujudkan kumpulan asingan mengikut warna bendera parti, ini masa untuk sama-sama bekerjasama.

"Melalui permuafakatan, apa yang berat akan dikendong bersama, dan apa yang berat akan menjadi ringan.

"Kita bekerja untuk masyarakat dan sewajarnya menghindari dari tercetusnya pergaduhan dan perbalahan yang tidak menguntungkan.

"Di akhirnya saya berdoa, agar tahun 2019 akan mendatangkan kemanisan dan apa yang masih kurang di tahun 2018, sama-sama kita perbaiki untuk kebaikan MPKK dalam membawa imej Kerajaan Negeri Terengganu," tegasnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: