Tuesday, 4 December 2018

MPKK Imej Kecekapan Kerajaan Negeri

SHARE
 Ir Saiful Azmi Suhaili

Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN 4 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)menjadi cermin utama kepada imej kerajaan negeri melalui gerak kerja mereka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata MPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) memainkan peranan penting dan kerjasama mereka memberi kesan besar kepada peringkat DUN, daerah serta negeri Terengganu.

"Kita (MPKK) merupakan pihak tengah yang akan menerima dan menyampaikan maklumat secara dua hala, daripada peringkat atas ke bawah dan sebaliknya.

"Dan jikalau ada peringkat yang terputus, maka akan menjadi sukar untuk salurkan maklumat kepada orang kampung dan pihak atasan, disinilah MPKK berperanan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Taklimat dan Penerangan Hal Ehwal Masyarakat MPKK DUN Kemasik anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Kemasik di Auditorium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Petronas, disini hari ini.

Turut hadir, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Urusan Zakat (MAIDAM) Kemaman, Mohd Andri Abu Bakar, Mohd Noorhadi Mohd Yusof selaku Ketua Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kemaman, Pengurus Sekretariat Tabung Darul Iman (TDI), Wan Mohd Fahmi Wan Mohd serta semua Jawatankuasa MPKK yang hadir.


Ir Saiful Azmi yang juga ADUN Kemasik juga berharap agar setiap 28 MPKK DUN Kemasik dapat memahami dengan lebih jelas serta dapat menyelesaikan skop kerja pada peringkat mereka dengan lancar, dan tidak perlu merujuk kepada Pejabat ADUN.

"Ikhlaskanlah diri kita dalam mengejar ganjaran Allah, agar dapat memastikan Terengganu menjadi sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

"Kitalah yang akan memberikan gambaran betapa bagus dan cekapnya kerajaan negeri sekarang,"katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: