Sunday, 23 December 2018

MB Terengganu Ucap Takziah Keluarga Mangsa Tsunami Indonesia

SHARE
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tsunami yang berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada malam tadi.

"Mewakili kerajaan dan rakyat negeri Terengganu, saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

"Turut berdukacita dan mengharapkan semua warga tabah dan sabar dengan musibah yang menimpa," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu status yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, mengulas tentang tragedi tersebut.

Sehingga kini, seramai 222 orang dilaporkan maut akibat tsunami yang berlaku sekitar 9.27 malam tadi (10.27 malam waktu Malaysia) dipercayai berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: