Monday, 3 December 2018

MB Terengganu Teruja PDT Gapai Bintang

SHARE
Dr. Samsuri bersalaman dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia, Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam sebelum menerima anugerah daripada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
KUALA LUMPUR, 3 Disember - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan keterujaannya ketika menerima Anugerah Penarafan Bintang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) daerah Kemaman bagi Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Negeri 2018.

"Ini pengiktirafan paling besar buat kakitangan dan seluruh warga PDT.

"Sesungguhnya amat banyak usaha yang diperlukan untuk kita sampai ke peringkat ini.

"Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada agensi lain untuk mencapai kejayaan yang sama.

"Kerajaan negeri akan sentiasa berdiri bersama pegawai-pegawai kita dalam membina kecemerlangan," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis  yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-74 di bangunan Parlimen Malaysia, hari ini.
Dr. Samsuri menyerahkan sijil anugerah kepada Mohamad dan Kairuzita sambil diperhatikan Zainal Abidin.
PDT Kemaman mendapat penarafan lima bintang apabila menduduki tempat kedua terbaik seluruh negara dengan markah 93.61 peratus di belakang PDT Seberang Perai Tengah (95.01%).

Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Tanah  dan Galian negeri, Zainal Abidin Hussin berkata, anugerah yang diterima menggambarkan peningkatan penyampaian kerajaan dalam perkhidmatan.

"Kejayaan ini sangat membanggakan. Semoga usaha keras berterusan dan menjadi lonjakan kepada jabatan lain untuk membuat penambahbaikan yang sama.

"Anugerah ini mencipta tangga kejayaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam membina negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," katanya.

Turut hadir mengiringi Dr. Samsuri ialah
Ketua Penolong Pentadbir Tanah (KPPT) PDT Kemaman Mohamad A. Rahman@ Othman dan Penolong Kanan Pentadbir Tanah, Syarifah Khairuzita Tuan Kechil.
Anugerah Lima Bintang bukti peningkatan perkhidmatan kepada rakyat.








SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: