Monday, 24 December 2018

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Hulu Terengganu Januari Ini

SHARE
Ustaz Wan Mohamad Humaidi Ismail.
HULU TERENGGANU, 24 Disember - Semua warga daerah Hulu Terengganu diseru untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang akan diadakan pada 9 Januari 2019.

Pegawai Agama Daerah, Ustaz Wan Mohamad Humaidi Ismail berkata, majlis tilawah tersebut akan diadakan pada 9 Januari bersamaan 3 Jamadil Awal 1440H bertempat di Masjid Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu bermula jam 8.30 malam.

“Dijemput semua untuk hadir beramai- ramai di majlis tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Menurutnya, tilawah peringkat negeri akan diadakan setelah semua daerah selesai mengadakan majlis masing-masing.

Katanya, di peringkat negeri akan diadakan di Kemaman pada 12 hingga 14 Februari akan datang.

“10 orang yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan lima orang perempuan akan bertanding di peringkat daerah," tambahnya.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: