Saturday, 22 December 2018

Kontijen Terengganu Cipta Kejayaan Di SKIP

SHARE

Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 22 Disember - Kontinjen Negeri Terengganu berjaya memperolehi pungutan pingat terbanyak bagi acara olahraga Sukan Institusi Psikiatri 2018 (SKIP) di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dari 7 hingga 9 Disember lalu

Keseluruhan jumlah pingat yang diperolehi sebanyak lapan pingat emas, 10 pingat Perak dan enam pingat gangsa.


Pengarah Kesihatan negeri, Dr Haji Mohd Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dalam sukan kali ini.

"Tanpa kerjasama ini tidak mungkin kita akan berada ditahap ini dan membawa pulang pingat, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet dan jawatankuasa yang telah berpenat lelah membawa balik pingat-pingat tersebut.


"Saya mengharapkan kita dapat bekerjasama seperti ini dimasa akan datang supaya dapat mengekalkan kejayaan ini, kerana apabila kita berjaya pihak lawan akan berusaha untuk mengatasinya ,"katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika menghadiri Majlis Apresiasi Atlet SKIP 2018 di Sumai Hotel, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Khas Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Mohd Ikhwan.

Dalam majlis tersebut, Azhar Ismail diumumkan olahragawan terbaik bagi Sukan Institusi Psikiatri(SKIP) kontinjen Terengganu 2018 manakala olahragawati pula ialah saudari Ong Pei Yin.

Menurut Mohd lagi, kriteria pemilihan bukan sahaja di nilai dari segi pungutan pingat terbanyak, malah diambil kira dari aspek sikap positif yang ditonjolkan oleh atlet tersebut serta kerjasama yang diberikan sepanjang SKIP dijalankan.

Program sukan ini diadakan untuk mengubah stigma masyarakat bahawa pesakit mental boleh menjalani hidup normal dan bersukan sebagai sebahagian amalan gaya hidup sihat.

SKIP boleh juga disifatkan sebagai satu program pemulihan psikososial bagi menggalakkan pesakit psikiatri mencapai tahap kefungsian berdikari dalam komuniti dan menikmati kualiti hidup lebih baik.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: