Friday, 28 December 2018

KETENGAH Anjur Gunting Rambut Percuma

SHARE

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN, 26 Disember- Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), mengadakan satu program gunting rambut secara percuma sebagai tanggungjawab sosial korporat pihaknya sempena pembukaan semula sesi persekolahan pada minggu depan.

Pengurus Besarnya, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, ianya melibatkan seluruh Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu, bagi meringankan bebanan ibu bapa.

"Program ini disasar dapat memberi manfaat kepada hampir 2,000 orang murid dan pelajar dari sekolah rendah dan menengah.

"Yang sebahagiannya merupakan anak yatim dan miskin didalam wilayah KETENGAH," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas merasmikan program gunting rambut secara percuma itu, di Pusat Komuniti Desa (PKD), di Al-Muktafi Billal Shah ( AMBS), pada Rabu, 26 Disember.

Seramai 200 pelajar dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Durian Mas, Sekolah Kebangsaan Durian Mas 1, Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2 oleh 15 orang usahawan gunting rambut yang dibimbing KETENGAH.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, beliau menyokong usaha kebaikan yang dilakukan KETENGAH itu.

"Adalah diharapkan juga terjalin hubungan yang baik diantara pihak DUN dan pihak KETENGAH.

"Agar dapat sama-sama berkolaborasi dengan baik, agar dapat membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat dan penduduk setempat," ujarnya.

Lebih menarik lagi, program berkenaan turut diadakan program 'Free Market' yang menyediakan pakaian secara percuma untuk semua lapisan masyarakat yang terdiri dari kanak-kanak, pelajar sekolah, dan juga golongan dewasa.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: