Sunday, 2 December 2018

Kerajaan Tawar 16,822 Unit Rumah Mampu Milik

SHARE
Dr. Ahmad Samsuri.


KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Kerajaan Prihatin dengan masalah keperluan perumahan rakyat berpendapatan rendah sekaligus menawarkan sebanyak 16,822 unit Rumah Mampu Milik (RMM) kepada rakyat negeri Terengganu.

Sementara permohonan rumah berkenaan sehingga kini berjumlah 138,946.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain pembinaan RMM dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Oleh Kerajaan dan pemaju swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga menyediakan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Menurut beliau mengikut pecahannya jumlah keseluruhan RMM dan PPR ialah 10,030 unit yang ditawarkan manakala permohonan pula berjumlah 126,899.

Katanya, Daerah Kuala Terengganu mempunyai permohonan tertinggi berjumlah 35,883 manakala unit rumah ditawarkan berjumlah 2,364 unit.

Katanya, Daerah Kemaman pula mempunyai tawaran terbanyak berjumlah 2,706 manakala permohonannya pula berjumlah 26,040.

Sementara Dungun permohonan sebanyak 18,665 dan tawaran (1,403), Besut, permohonan (16,303), tawaran (1,225), Hulu Terengganu, permohonan (8,297), tawaran (847), Marang, permohonan (9,472), tawaran (443), Setiu, permohonan (3,426), tawaran (133), Kuala Nerus, permohonan (8,813) dan tawaran (909).

Beliau menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Haji Wan Hapandi Wan Nik di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

ADUN Sura itu ingintahu jumlah permohonan dan yang berjaya mendudukinya mengikut pecahan daerah.

Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sementara permohonan RMR dan SPNB pula berjumlah 12,047 dan tawaran berjumlah 6,792.

Permohonan Daerah Kuala Terengganu berjumlah 763 manakala tawaran 383, Kemaman, permohonan (1,539) dan tawaran (704), Dungun permohonan (1,303) dan tawaran (759), Besut, permohonan (1,896) manakala tawaran (1,144).

Sementara itu Hulu Terengganu, permohonan (1,608) dan tawaran (933), Marang, permohonan (1,782), tawaran (1,052), Setiu permohonan (2,261), tawaran (1,324), Kuala Nerus, permohonan (895) dan tawaran (493).

SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: