Monday, 3 December 2018

Kerajaan Sedia Kursus Pemasaran Agrobazaar Online Percuma

SHARE
Dr Ahmad Samsuri (tengah) di MAHA 2018, Serdang Selangor. 
KUALA TERENGGANU,  3 Disember - Kerajaan melalui FAMA menyediakan kursus pemasaran online melalui portal Agrobazaar Online secara percuma bagi membantu usahawan tani muda mengembangkan perniagaan.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata selain daripada menyediakan khidmat nasihat dalam bidang pemasaran, FAMA turut mengadakan kursus tersebut.

Kerajaan juga katanya,  menyediakan skim pembiayaan mudah melalui Tabung Pembangunan Usahawan Peladang,  Tabung Pembangunan Usahawan Kortani dan Dana Usahatani Terengganu (DUTA).

Skim pembiayaan itu disalorkan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang,  Program Agropeneur Muda di bawah Jabatan Pertanian,  Jabatan Perikanan,  Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  FAMA,  MARDI,  Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kuala Besut,  Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama  Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

ADUN Kuala Besut itu ingin tahu bentuk bantuan dan sokongan kepada usahawan tani muda di Terengganu.

Dr Ahmad Samsuri berkata,  kerajaan juga menyediakan ruang pasaran untuk usahawan berniaga di lot-lot pasar tani dan mengadakan pemadanan pasaran (business matching).

"Ini bertujuan bagi membolehkan mereka memasarkan produk ke outlet peruncitan seperti Agrobazaar Rakyat di seluruh Malaysia dan ke pasaraya-pasaraya melalui FAMA," jelasnya. 
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: