Wednesday, 12 December 2018

Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019 Diteruskan

SHARE
Mazlan Che Wil.
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu melalui kerjasama Yayasan Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pusat Sains Islam Terengganu (PSKT) akan meneruskan Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019.

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz), Mazlan Che Wil berkata, kerajaan negeri mempelawa calon-calon yang berminat untuk mengikuti program tersebut.

"Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk memberi penajaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar yang terpilih dan berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) dan seterusnya berkhidmat di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu siaran media yang dikeluarkan Yayasan Terengganu bertarikh 10 Disember, sebagai hebahan tentang Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019 itu.

Dalam tumpuan sama, katanya, program ini bertujuan untuk melahirkan saintis Islam yang hafiz 30 juzuk al-Quran, mendalami ilmu-ilmu Islam dan pakar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

"Permohonan ini terbuka kepada semua anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (soft skill), fasih berkomunikasi bahasa Inggeris dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang di laman sesawang www.myimtiaz.com.my atau www.yt.gov.my atau boleh didapati di Pejabat Yayasan Terengganu dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Disember 2018," jelasnya.

Pengarah Yayasan Terengganu,
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09-6221733
Faks: 09-6232944



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: