Tuesday, 18 December 2018

Kem Solat Medium Didikan Agama Anak Terengganu

SHARE
Kem Solat bantu anak-anak lebih faham agama.
Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 17 Disember - Ibu bapa seharusnya memberi didikan agama seawal mungkin kepada anak-anak agar tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang banyak berlaku pada hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, penganjuran Kem Solat 1.0 yang diadakan boleh digunakan sebagai medium pembelajaran untuk anak-anak ketika cuti sekolah.

"Didikan agama di peringkat awal penting untuk membendung anak-anak daripada terlibat dalam gejala tidak sihat.


"Kebanyakan jenayah remaja yang dapat dilihat hari ini berpunca kerana tidak mendapat didikan agama sejak kecil.

"Salah didikan semasa kecil bakal menjadikan mereka orang yang tidak baik pada masa akan datang.

"Ingatlah pepatah ada mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya," katanya kepada pemberita ketika hadir dalam program tersebut di Masjid Lama Durian Burung, kelmarin.

Kira-kira 100 orang peserta daripada penduduk sekitar menjayakan program selama sehari tersebut yang dianjurkan Pejabat Parlimen Kuala Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: