Wednesday, 26 December 2018

Kem Anak Soleh Kampung Kepah 'Talaqqi' Berkitab

SHARE

Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU, 26 Disember - Kem Anak Soleh Kampung Kepah menggunakan modul 'talaqqi' berkitab dan mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar di kampung berkenaan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kepah Ustaz Mohd Nasrun Abdullah berkata, Kem Anak Soleh yang bertemakan "Kearah Membina Generasi Al-Quran" itu bertujuan untuk mendidik peserta mendalami ilmu yang diajar dalam al-Quran.


"Bagi menerapkan acuan al-Quran dalam diri kanak-kanak, kita telah melaksanakan program kem ini dengan modul talaqqi berkitab manakala bagi golongan belia kita akan menganjurkan program khas buat mereka.

"Dalam membina generasi al-Quran kita insya Allah kita akan pastikan setiap insan akan terdedah kepada program ilmu dan tarbiyyah," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.


Katanya, cuti persekolahan akhir tahun berjaya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menyusun program kem tersebut untuk mentarbiyyah kanak-kanak dalam mendalami ilmu acuan Al-Quran.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: