Thursday, 27 December 2018

Kanser Mulut Uji Ketabahan Pak Abu

SHARE
Ghazali melihat keadaan Pak Abu di hospital.
Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 27 Disember - Setiap insan di dunia mendambakan serta mengimpikan kesihatan yang baik. Namun, ada antara mereka terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi, sebagai mana Johar Hussin atau lebih dikenali sebagai Pak Abu yang menderita kanser mulut sejak empat bulan yang lalu.

Anaknya, Norisya Johar, 19, yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Perak, mengambil kesempatan cuti semester bagi menjaga ayahnya.

Menurut beliau, Pak Abu sepatutnya telah menjalani rawatan 'kimoterapi' namun mengalami masalah darah rendah.

"Untuk menjalani rawatan 'kimo' perlu dipastikan tekanan darah pada tahap 10 dan  ke atas, sekarang masih tujuh sahaja.

"Disebabkan itu, pihak hospital masih lagi tidak menjalankan pembedahan tersebut.
Semoga Pak Abu segera sembuh.

"Dulu doktor kata ayah perlu disembuhkan dengan cara membuang sedikit tulang pipi, dan potong sedikit lidah. Tapi ayah enggan dan kami sekeluarga menurut sahaja kehendak ayah, kerana kasihankannya," ujarnya dengan penuh senyuman cuba sembunyikan kesedihan ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian ketika diziarahi kebajikan Parlimen Dungun yang diketuai oleh Ahli Parlimen, Wan Hassan Mohd Ramli di Hospital Besar Daerah Dungun, semalam.


Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan  Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman memaklumkan bahawa pesakit itu ialah penduduk Bukit Besi dari Jongok Batu.

Beliau turut menyatakan amat mengenali Pak Abu.

"Lain sangat Pak Abu sekarang hampir tidak mengenali. Jelas sekali, penyakit yang dialami merubah bentuk tubuh Pak Abu.

"Saya bersimpati diatas nasib yang menimpa beliau, saya kenal Pak Abu dan banyak kali juga  bertemu dengannya ketika beliau masih sihat," kata Ghazali.

Beliau mengharapkan agar semua orang mendoakan kesihatan Pak Abu agar sembuh dan pulih seperti sediakala.

"Semoga Pak Abu sekeluarga dapat menjalani hidup dengan penuh tabah, diiringi kesejahteraan, serta sentiasa mendapat redha Ilahi," ujarnya pada akhir pertemuan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: