Sunday, 16 December 2018

Kakitangan i-MiTS Perlu Rekod Program

SHARE


Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 16 Disember –Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) diingatkan merekod setiap program dijalankan untuk tujuan penilaian.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, laporan itu penting untuk memastikan setiap program memberikan impak dan sampai kepada golongan sasar selain mengenalpasti kelemahan.

“Penting kita merekod dan menganalisis setiap program untuk melihat kekuatan serta mengenalpasti kelemahan dan cara untuk mengatasinya,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat mingguan bertempat di Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh, hari ini.

Katanya, perbincangan tersebut bertujuan untuk merancang setiap program yang akan dijalankan agar tersusun dan teratur.

Justeru, beliau menasihatikan semua kakitangan Pejabat Penyelaras dan i-MiTS Dun Jerteh agar sentiasa bekerjasama untuk menyampaikan agenda kerajaan negeri.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: