Tuesday, 18 December 2018

Jangan Tinggal Solat - Pesan MB

SHARE

Oleh: Syed Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU, 18 Disember- “Pastikan mereka tahu arah kiblat, solat perlu dijaga walau dalam apa jua keadaan”, itulah  antara pesanan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika melakukan kunjungan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar  di Dewan Sivik, Kampung Tanjung Paya, semalam.

Dr Ahmad Samsuri turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat pemindahan itu.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Khalid Ambak berkata, PPS Dewan Sivik, Kampung Tanjung Paya merupakan pusat pemindahan banjir yang pertama dibuka di DUN Bandar.

“ Mangsa yang terlibat setakat ini hanya sebuah keluarga. Kesemua mereka berjumlah seramai 13 orang yang terdiri daripada warga emas, dewasa dan lima orang kanak-kanak.

“Beberapa barangan keperluan telah diagihkan seperti makanan, kelengkapan penginapan, tilam, tikar dan selimut turut disediakan," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di PPS tersebut.



Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar, YM Sayyid Hasan.

Sebagai  mewakili mangsa banjir di pusat tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar kerana sudi berkunjung walaupun dalam keadaan mengejut.

“Tidak dilupakan juga kepada Penghulu Mukim, Jabatan Khidmat Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, RELA dan seluruh agensi yang terlibat dalam operasi banjir kali ini,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: