Thursday, 20 December 2018

Jabatan Amal, APM Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir

SHARE


Oleh: Aslam Wira

MARANG 20 Disember - Anggota Jabatan Amal Marang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) tampil mengerah keringat bagi membantu membersihkan rumah penduduk yang terlibat di Taman Desa Darul Iman, Kelulut yang terlibat banjir, baru-baru ini.

Seramai 16 orang anggota amal dipimpin oleh Timbalan Ketua Operasi Bencana Jabatan Amal Kawasan Marang, Mohd Shahrul Azmi Othman dan 20 orang anggota APM yang diketuai oleh Pegawai APM Marang, Kapten (PA) Zabri Abd Razak.

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata kerjasama baik antara dua jabatan ini diutamakan demi memberi khidmat  terbaik kepada rakyat dan penduduk yang terjejas banjir.

“Selepas Pusat Perpindahan Sementara ditutup, kita terus fokus kepada penyelarasan kerja berkaitan pembersihan rumah yang terjejas teruk akibat banjir ini dan turut disertai oleh pejabat Dun Rhu Rendang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Kelulut.

“Pusat khidmat DUN akan terus berkerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Pertahanan Awan, Polis Diraja Malaysia,  Bomba dan sebagainya,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui sewaktu proses pembersihan rumah di taman berkenaan, baru-baru ini.


Menurutnya, pejabat DUN akan terus memaklumkan kepada jabatan amal untuk membantu penduduk dalam kerja-kerja pembersihan termasuk membantu agensi bertanggungawab.

“Dari sudut MPKK pula, mereka sentiasa bersedia memantau serta memberi maklumat sekiranya memerlukan bantuan daripada agensi terbabit,”katanya lagi.

Tambahnya, jabatan amal adalah satu jentera yang selalu bersedia untuk membantu penduduk yang terjejas tanpa mengira masa dan suasana.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: