Thursday, 27 December 2018

Isteri MB Luangkan Masa Bersama Penduduk

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT 27 Disember – Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman meluangkan masa bersama penduduk yang kurang berkemampuan di Jerteh, semalam.

Beliau diiringi oleh  Radzilah Abd Razak isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Putera, Haji Nurkhuzaini Ab Rahman dan Nasriah  Awang, isteri Pegawai Penyelaras Dun Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.


Program ziarah dimulakan seawal jam 9 pagi di Kampung Paroh dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paroh diikuti Kampung Padang Tapong dan Kubang Siam.

Seramai 12 orang penduduk kampung yang sempat diziarahi pada pagi ini yang terdiri dari golongan ibu tunggal dan pesakit kronik.

Rata-rata penduduk Kampung Paroh dan Padang Tapong berkerja sebagai penoreh getah yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan mengalami masalah apabila tiba musim tengkujuh.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: