Wednesday, 26 December 2018

Islam Utamakan Gaya Hidup Sihat

SHARE


Oleh: Ahmad Mawardi

HULU BESUT , 26 Disember - Islam merupakan addin yang amat menitikberatkan kesejahteraan umat merangkumi gaya hidup sihat yang berkait rapat dengan kesihatan jasmani, mental, emosi dan rohani.

Timbalan Pengerusi Pertanian Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun berkata, kesihatan merupakan aset yang amat bernilai dalam kehidupan setiap manusia dan perlu sentiasa dijaga serta diberi perhatian dengan sebaik mungkin.

"Gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperoleh dengan melakukan ibadah khusus seperti berwuduk, solat, puasa dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Kempen Gaya Hidup Sihat di Masjid Kampung Lubuk Kawah Hulu Besut anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Besut, di sini, semalam.


Turut hadir Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad, Penghulu Hulu Besut, Riduan Zaki dan Pengerusi  MPKK Lubuk Kawah, Chik Harun

Agensi lain yang hadir sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK).

Hilmi yang juga ADUN Manir berkata, program berkonsepkan kerohanian dan jasmani seperti itu perlu sentiasa diadakan di persekitaran masjid supaya masyarakat lebih rapat dan sam-sama mengimarahkan rumah ibadat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: