Thursday, 27 December 2018

Ta'min Hadhanah, Kecaknaan Kerajaan Kepada Ibu Tunggal Teraniaya

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 26 Disember - Kerajaan negeri mengambil cakna golongan ibu tunggal yang tiada tempat bergantung selepas perceraian dengan memperkenalkan Ta’min Hadhanah (insurans).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, insurans tersebut bagi menjamin nafkah isteri dan anak-anak sekiranya berlaku penceraian.

"Dalam masa yang sama dapat menjaga kebajikkan  ibu tunggal dan anak-anak", ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sumbangan Kepada Asnaf di Dewan Sivik Kampung Baru, semalam.


Alias yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, perlaksanaan insurans tersebut sedikit sebanyak mampu meringankan beban golongan terbabit.

"Sebelum ini kalau bercerai, serah kepada ibu-ibu bekerja keras untuk menanggung makan pakai anak, ayah lepas tangan.


"Cuma saya berharap  apa-apa yang terjadi kepada wanita yang diceraikan maklumatnya sampai kepada Pejabat Agama ataupun agensi di bawah Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri supaya mereka yang teraniaya mendapat pembelaan sewajarnya,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: