Tuesday, 18 December 2018

Ibu Tunggal Harap Dapat Miliki Rumah Sendiri

SHARE


Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 18 Disember - Seorang ibu tunggal yang kehilangan suami akibat kanser darah dua bulan lalu, berharap dapat memiliki rumah sendiri sebagai tempat berlindung untuk mereka sekeluarga.

Wanita itu,  Norbaya Sulong, 40, kini hamil tujuh hulan, menyewa bersama empat anak perempuannya di rumah awam kos rendah Taman Rakyat Jaya, Rantau Abang, di sini.

Katanya, selepas kematian suami, Haris Othman pada Oktober lalu, mereka sekeluarga kini hilang tempat bergantung dan mencari nafkah untuk menyara kehidupan mereka.


"Bagaimanapun, selain terima sumbangan sara hidup daripada Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu ), Maidam juga tolong bayar sewa rumah bermula November baru-baru ini sehingga  Oktober tahun depan. Jadi pada masa akan datang, tidak payah beri setiap bulan, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan dan sumbangan daripada Ameerah DUN Rantau Abang, di rumahnya di sini, kelmarin.

Norbaya turut melahirkan kebimbangannya berikutan perumahan yang didiami mereka sentiasa dilanda banjir apabila musim tengkujuh selain perlu memindahkan barang segera memandangkan dirinya yang sedang sarat mengandung serta semua anak perempuan yang masih kecil.


"Kita dalam keadaan begini (hamil), anak-anak perempuan bukan kuat sangat hendak angkat-angkat barang, kalau air masuk dalam rumah, jadi bimbang sokmo," luahnya yang kelihatan resah dengan cuaca tidak menentu kini.

Justeru itu, dia berharap  dapat memiliki rumah yang lebih selesa tanpa perlu menyewa lagi dan berada di kawasan selamat daripada dinaiki air jika musim tengkujuh.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: