Sunday, 16 December 2018

Ibu Bapa Perlu Manfaatkan Program Cuti Sekolah

SHARE

Oleh: Ahmad Fadhilah

MARANG, 16 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman menyeru ibu bapa supaya memanfaatkan program yang dianjurkan mana-mana pihak sepanjang cuti sekolah untuk anak-anak, tanpa memberi persepsi buruk bahawa penganjurannya sebagai suatu pertandingan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

"Program seperti `Kem Smart Solat' ini sangat baik dan tidak timbul isu pertandingan. Pada saya program seumpama ini perlu diadakan di setiap masjid-masjid seluruh kampung.

"Saya juga berharap agar ibu bapa perlu sedar untuk menghantar anak-anak mereka ke program seperti ini yang sangat bermanfaat untuk dipenuhi pada waktu cuti sekolah,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kem Smart Solat, di Surau Haji Muda, Kampung Padang Kabar, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengerusan Komuniti Kampung Padang Kabar, Mohamad Alias, pula berkata, tujuan kem itu adalah sebagai memberi motivasi dan pendedahan kepada peserta kaedah beribadah dengan betul.


"Selain itu, melahirkan kanak-kanak yang suka mengamalkan budaya islam dalam diri mereka menjadikan setiap ibadah itu suatu kemanisan dalam urusan hidupnya'.

Seramai 74 orang peserta sekitar kampung yang berumur tujuh hingga 12 tahun  menyertai kem sehari  yang hanya mengenakan yuran pada kadar RM10 seorang termasuk tiga kali makan serta kelengkapan buku modul cara solat dan sijil penyertaan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: